BUNKBOYZ
Update Daily and Daily Update

Que Haidar mirip Allahyarham Sudirman

3:22 AM
   Cuba para pembaca lihat pada kedua-dua gambar berikut. Allahyarham Sudirman memang mirip dengan pelakon Que Haidar. Sebenarnya hampir semua orang dalam Malaysia sudah tahu perkara ini, tapi apa salahnya kalau Bunk nak share. Betul tak? Menurut penjelasan Que Haidar sendiri dalam rancangan AC di sini di Astro Ria, beliau menyatakan sudah begitu ramai orang berkata sedemikian terhadap wajahnya yang seakan-akan Alahyarham Sudirman. Sudah mencecah beratus-ratus. Itu yang dia kenal lah, kalau dikira yang dia tak kenal, jawabnya beribu-ribu lagi lah nampaknya. Gambar yang atas ialah Que Haidar dan yang bawah ialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad.





Ni salah satu lagu dan klip video sudirman yang paling Bunk suka. Cuba tonton dan amati liriknya sambil memerhatikan kelakuannya. pasti anda akan ketawa.




Read On 2 comments

Lukisan Bunk di waktu boring!

10:50 PM



   Jangan gelak ye, lukisan ni di hasilkan pada pukul 5 pagi. Sebenarnya malam tu Bunk tetidur awal sangat, pastu Bunk pon terjaga pukul 5 pagi. Yang bestnya, Bunk dah tak boleh tidur. Apa lagi, boring pon menyelubungi Bunk. Otak pun bekerja keras memikirkan apa nak di lakukan. Masa tu, Bunk bukak la PC. Baru main-main sikit PC, dah boring. Tak tau nak buat apa. Nak buat post untuk blog pun tak da idea pagi-pagi buta camtu. Jadi Bunk ambillah buku conteng Bunk n ambil 1 batang pensel. Bunk tak ambil pemadam sebab terlupa. Jadi ini je lah hasilnya. X padam sikit pon. Tu sebab buruk. Jangan gelak erk kalau lukisan ni menggelikan perut anda.

Untuk size gambar penuh untuk likidan Bunk tu. Dapatkanya dari link berikut sebab yang di atas tu Bunk dah kecilkan haha :

KLIK SINI UNTUK GAMBAR PENUH


Read On 0 comments

Kaunter Pertanyaan Bunk Kini Dibuka

8:25 AM
Kalau anda perasan, kaunter pertanyaan Bunk sudah aktif seperti yang tertera di sebelah kanan blog ini :


Mesti ramai yang tak tahu apa gunanya kaunter pertanyaan ni. Jawapannya ialah untuk bertanya lah. Untuk menggunakan kaunter pertanyaan ini, anda perlulah memenuhi peraturan yang akan Bunk sertakan dalam post ini. Teknik menulis pertanyaan juga perlu di ambil berat. Bunk juga akan sertakan contoh-contoh pertanyaan selepas ini.

UNDANG-UNDANG
=================

1) Pertanyaan yang dibuat hendaklah disertakan dengan nama, tempat tinggal, negeri dan umur anda. Contoh di ruangan "TEKNIK BERTANYA" di bawah.

2) Pertanyaan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur 18sx. Contoh pertanyaanialah mengenai Filem, Game, Lagu, internet, dan lain-lain.


TEKNIK BERTANYA
=================

Pertanyaan anda hendaklah lebih kurang dalam foto di bawah.



CONTOH PERTANYAAN
=====================

1)


2)


3)


4)


5)



Anda juga boleh terus menggunakan kaedah pantas untuk emailkan pertanyaan anda kepada Bunk dengan menekan butang "Send Me Question" di kaunter pertanyaan Bunk. Jika ingin menggunakan kaedah manual, anda boleh gunakan E-Mail yang Bunk sediakan di situ. Iaitu "bunkboyz.question@gmail.com"


Selepas anda menekan pada link "Send Me Question, anda akan diberi pilihan untuk mail kepada Bunk seperti gambar di bawah. Pilih salah satu dan anda akan terus dibawa ke email anda dalam keadaan ingin meng-compose email dan sedia untuk mengajukan soalan.


Pada hari sabtu setiap minggu. Bunk akan pilih 10 soalan untuk dijawab. Bunk akan hasilkan satu post setiap hari sabtu untuk menjawab soalan yang diajukan. Jika tiada soalan diterima. Post pada hari Sabtu itu dibatalkan. Juga jika tidak mencukupi 10 soalan, Bunk tetap akan menjawab soalan yang diterima itu.


Read On 1 comments

Animasi Bunk yang pertama (POLIS GILA)

7:36 AM

video

   Animation ni Bunk hasilkan lama dah tapi baru nak upload sekarang. Di samping Bunk mengupload ni untuk jadi bahan ketawa pembaca (Sebab X bes), Bunk juga menggunakan kesempatan ini untuk mencuba untuk upload video di Blogger. Sesiapa yang masih lagi menggunakan http://www.blogger.com/ mereka takkan dapat fungsi untuk mengupload video ini. Jadi, marilah kita menggunakan http://draft.blogger.com/ . Banyak lagi fungsi lain yang terdapat di sini.


Read On 0 comments

Chef Wan Bakal Muncul Tetamu Undangan Oprah Winfrey!

10:32 AM


Khabarnya selebriti chef terkenal di rantau Asia, Chef Wan telah dijemput untuk menjadi tetamu istimewa bagi rancangan ‘talk show’ terkenal, Oprah Winfrey. Tahniah kami ucapkan buat Chef Wan!

Jemputan itu telah disampaikan kepada Chef Wan baru-baru ini melalui orang tengah iaitu Ketua Pegawai Asian Food Channel, Maria Brown.

Chef Wan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang muncul dalam rancangan ‘Oprah Winfrey Show’.

Chef Wan yang jelas teruja, menganggap dirinya cukup bertuah dan tidak pernah menjangka yang Oprah akan mengundangnya.


“Pagi tadi saya menerima sepucuk surat yang dihantar melalui pihak Oprah Winfrey Show. Mereka mengundang Wan untuk menjadi tetamu dalam rancangan itu.

“Wan rasa macam tak percaya je, betul ke ni jemputan untuk aku? Kawan Wan yang beritahu Wan pasal berita ni, Wan banyak kali cakap dekat dia, jangan main-main dengan benda macam ni. Dia pun kata dia tak main-main, baru Wan percaya,” kata Chef Wan ketika dihubungi mStar online.

Chef Wan juga tidak menyangka di sebalik kejayaan selebriti lain yang terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, dia masih berpeluang untuk di undang ke sebuah rancangan terkemuka dunia berbanding Siti dan selebriti yang lain.

“Wan rasa bertuah sangat-sangat, tak tahu nak cakap macam mana, bukan senang untuk kita di undang sebagai tetamu istimewa dalam rancangan yang berprestij seperti Oprah ini.

“Bukan Wan nak bangga dirilah, tapi kalau nak dibandingkan populariti, popular lagi Datuk Siti, tapi tidak ada lagi selebriti kita yang di undang walaupun popular.

“Bila Wan diundang Oprah, Wan rasa gembira, bangga dan ‘excited’ sangat sebab satu dunia menyaksikan rancangan Oprah ini. Jadi Wan berbangga kerana Wan dari negara Malaysia,” katanya.

Menurut Chef Wan, undangan yang diterimanya ini mungkin dari kejayaannya merangkul “The Best Celebrity Chef In The World” di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009′ yang menewaskan selebriti chef lain dari seluruh dunia.

“Lepas Wan menang, artikel pasal kemenangan Wan tu ada keluar di New York Times, lepas tu Wan juga ditemuramah oleh sebuah majalah yang terkemuka, Le Prestige.

“Mungkin dari situ juga mereka nampak kredibiliti Wan sebagai selebriti chef terbaik dunia,” jelasnya.

Namun selebriti chef ini masih tidak mengetahui lanjutan mengenai undangan ini biarpun dia sudah memberikan jawapan dan menyerahkan kepada Maria untuk berurusan dengan pihak Oprah.




~CHEF WAN~
~CHEF NO. 1 DI DUNIA~

~INI KENYATAAN~
~DIA DAPAT ANUGERAH~
~CHEF TERBAIK~

~DULU SAMPAI SEKARANG~
~HEHE~


Ikuti perkembangan Chef Wan di :

(Gambar Chef wan No.1 tu, maklumlah, No. 1 dunia la katakan)

Sumber : http://mytalento.com/chef-wan-bakal-muncul-tetamu-undangan-oprah-winfrey/





Read On 0 comments

BoBoiBoy first ever Sneak Peak

2:32 AM
Pagi tadi Bunk saja syok-syok layari http://www.animonsta.com/ dan kemudian layari http://animonsta.blogspot.com/ . Akhirnya apa yang Bunk nanti-nantikan selama ini telah kesampaian iaitu preview sikit-sikit untuk animasi akan datang Malaysia BoBoiBoy. Untuk sesiapa yang ingin tahu mengenai BoBoiBoy sebelum meneruskan penyaksian Sneak Peak di bawah, boleh baca artikel yang Bunk postkan dalam blog ni tak seberapa lama dahulu. Semestinya di : http://bunkboyz.blogspot.com/2009/10/boboiboy-animasi-3d-malaysia-terbaru.html . Mereka ni dari pembuat Upin & Ipin tau.

Ini dia Sneak Peak yang Animonsta Studio sediakan untuk tatapan semua :





Ikuti perkembangan BoBoiBoy dan Animonsta Studio di:

http://www.animonsta.com
http://animonsta.blogspot.com/
http://twitter.com/BoBoiBoy
http://www.facebook.com/
http://www.youtube.com/user/animonstamedia





Read On 0 comments

Wanita Yang Tidak Pernah Mati

10:03 PM

USIANYA sudah melebihi 500 tahun, meliputi sejarah panjang melewati Revolusi Perancis dan dua Perang Dunia, namun kehebatan potret Mona Lisa karya seniman agung kelahiran Itali, Leonardo Da Vinci masih setia menarik kunjungan ribuan pengunjung ke Musee du Louvre di Paris setiap hari.

Dalam tempoh itu, lukisan cat minyak juga dikenali sebagai La Joconde itu pernah hilang selepas dicuri pada 1911, sebelum ditemui semula dua tahun kemudian.

Mona Lisa juga bertukar tangan dan tempat dari Chateau Fontainebleau, sebelum dipindahkan ke istana paling gah di Perancis, Palace of Versailles oleh Louis XIV.

Hanya selepas Revolusi Perancis tamat, pemimpin baru negara itu, Napoleon menukarkannya kepada Louvre, ke kamar tidur Napoleon I di Tuileries Palace, sebelum dikembalikan ke Louvre sesudah bertukar fungsi dari istana kepada muzium.

Menyedari nilai potret itu, Mona Lisa juga pernah disembunyikan di satu kawasan di Perancis sepanjang Perang Franco-Prussian War pada 1870-1871.

Menjadi antara karya seni paling diraikan di dunia, ia sudah beberapa kali diangkat sebagai tema dalam budaya pop termasuk filem pecah panggung Da Vinci Code (2006), adaptasi novel dengan judul sama tulisan Dan Brown. Selain itu, kisah dan misteri di sebalik penghasilannya tidak putus-putus menarik perhatian pengkaji dari segenap bidang.

Senyuman Mona Lisa itu kini dibawakan Malaysia menerusi pameran Da Vinci - The Genius yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara sehingga 17 Januari depan. Namun, ia bukan karya sebenar dari The Louvre, sebaliknya salinan potret di Muzium Louvre di Paris dengan ada yang dibesarkan untuk tatapan pengunjung.

Menariknya, pengunjung dapat membayangkan penghasilan karya agung ini menerusi rakaman semula secara fotografi berteknologi tinggi oleh jurutera Perancis, Pascal Cotte.

Dengan menggunakan kamera multi spektrum berteknologi infra merah, Cotte berjaya merungkai rahsia kerja tangan da Vinci itu sejak lakaran pertama.

Hasilnya, lapisan demi lapisan terbongkar termasuk isu bulu mata dan bulu kening yang tidak kelihatan pada karya asal, selain kesan kerja membaik pulih terhadap lukisan itu. Penemuan ini direkodkan menerusi salinan resolusi tinggi dengan paling besar berukuran 14 x 10 kaki dengan imbasan infra merah pada satu sudut khas di ruang galeri.

Menariknya, pameran ini bukan saja mengetengahkan salinan karya popular da Vinci pada era seni Renaissance di Eropah seperti Virgin of The Rocks dan The Annunciation.

Malah, ia turut meraikan kegemilangannya sebagai saintis, pakar anatomi, jurutera dan arkitek menerusi ciptaan dunia moden berdasarkan lakaran yang pernah dihasilkannya.

Karya Father of Flight yang menunjukkan da Vinci adalah individu pertama menggunakan sains penerbangan yang membantu mereka cipta peluncur, kapal terbang, helikopter dan payung terjun yang ada pada hari ini. Inovasi dalam dunia kejuruteraan kenderaan moden pula boleh dilihat pada Autotraction Car iaitu idea terawal kenderaan moden.

Ciptaannya turut merentasi sempadan masa. Da Vinci turut mereka pakaian menyelam membolehkan manusia membaiki bahagian bawah bot. Dalam situasi perang pula, ia memberi peluang kepada angkatan tentera melancarkan serangan dalam senyap kepada bot atau kapal lawan walaupun ketika berada dalam air.

Pengunjung juga berpeluang melihat replika berdasarkan lakaran kelengkapan perang paling popular iaitu The Tank.

Seorang askar akan di duduk di turret atau bahagian seperti menara kecil untuk memberi arahan, sementara lapan lagi di bahagian dalam menghidupkan enjin bersambung dengan empat roda utama sekali gus menggerakkannya.

Seperkara yang menarik, da Vinci menggunakan kemahiran menulis nota ringkas secara terbalik sama ada dari kanan ke kiri atau bawah ke atas dengan bantuan cermin pada lakaran. Ada mengatakan kaedah itu bertujuan untuk melindungi ideanya, namun ada pula berpendapat bahawa cara mengelak tulisan menjadi comot apabila menggunakan pena bulu pelepah.

Seksyen khas Anatomy & Anatomical Studies pula memaparkan lakaran terperinci organ dalam badan manusia berdasarkan bedah siasat dijalankan oleh da Vinci ke atas mayat.

Pengunjung juga dapat menyaksikan lakaran Battle Anghiari dihasilkan pada 1505 namun dikatakan tidak pernah dapat disiapkan sepenuhnya oleh da Vinci.



POTRET MONA LISA

>Dari Disember 1962 hingga Mac 1963, kakitangan kerajaan Perancis meminjamkan potret Mona Lisa kepada Amerika Syarikat untuk dipamerkan di New York dan Washington. Pada 1974, ia dipamerkan pula untuk tempoh terhad di Tokyo dan Moscow.

>Sebelum jelajah pada pada 1962-1963, lukisan itu dinilai kira-kira AS$100 juta (nilai ketika itu) untuk tujuan insurans. Walaupun insurans itu tidak pernah dibeli, peruntukan besar sebaliknya terpaksa digunakan untuk tujuan keselamatan.

>Potret itu kini dilindungi kaca kalis peluru. Ia terbukti berkesan mengelak sabotaj pengunjung. Pada April 1974, wanita yang kecewa dengan polisi muzium terhadap golongan orang kurang upaya menyembur cat merah ketika lukisan ini dipamerkan di Tokyo

>Pada Ogos 2009, wanita Russia yang gagal dalam permohonan kerakyatan Perancis membaling kole terra cota dibeli sebelum itu di muzium pada lukisan digantung di dinding The Lourve. Walaupun ia menyebabkan dinding kaca itu retak, ia tidak merosakkan Mona Lisa.




Read On 2 comments

Alza lebih berbaloi?

9:54 AM
SELEPAS sekian lama menanti, akhirnya Perodua menunaikan janjinya apabila melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Alza di ibu kota, semalam.

Model tujuh tempat duduk itu sememangnya dinantikan peminat setia Perodua yang sebelum ini mendakwa model MPV berkenaan adalah 'kelahiran' semula Daihatsu Boon Luminas yang popular di Jepun.

Bagaimanapun, Alza jelas berbeza dan menepati ciri-ciri MPV tempatan yang diberi nafas lebih segar, bergaya serta ekonomi.

Malah, harga atas jalan ditawarkan bermula sekitar RM56,000 sehingga RM65,000 mampu menarik perhatian golongan bujang dan keluarga kecil untuk memiliki Perodua Alza.

Ciri luaran terkini seperti lampu hadapan projektor, lampu belakang LED dan isyarat membelok pada cermin sisi membuktikan Perodua mengutamakan pelanggannya.

Selain itu, reka bentuknya yang aerodinamik menjadikan Alza sebuah jentera berbaloi untuk dimiliki.

Alza dibekalkan enjin berkod 3SZ-VE 1,495cc DOHC 16 injap dengan DVVT.

Enjin terbabit sama seperti model digunakan pada Toyota Vios dan Avanza, tetapi Alza menggunakan pacuan depan berbanding Avanza yang menggunakan pacuan roda belakang.

Sepanjang 4,205 mm, 1,695mm lebar dan 1,620 mm tinggi, Alza mampu memuatkan tujuh penumpang bersaiz sederhana dengan selesa.

Malah, ruang dalamannya diberi nafas baru apabila kerusi kedua boleh ditarik sehingga ke depan bagi memudahkan penumpang kerusi baris ketiga keluar masuk.

Selain itu, bagi model EZ, kerusi hadapan bersambung antara pemandu dan penumpang kerusi hadapan, sekali gus memberi gambaran sebenar sebuah MPV untuk keluarga.

Papan pemuka ringkas dan menarik manakala tombol gear automatik berada di sisi stereng memudahkan pemandu.

Alza didatangkan dengan sistem audio dilengkapi teknologi Bluetooth dan pemain USB selain kawalan audio pada stereng.

Berharga antara RM55,490 hingga RM61,190 bagi versi manual dan RM58,480 hingga 64,190 bagi versi automatik, Alza didatangkan dengan enam warna pilihan iaitu Medallion Grey, Glittering Silver, Ebony Black, Pearl White, Solid White dan warna terbaru, Classy Purple.


Lagi Gambar Perodua Alza : Sini (pergi ke bahagian GALLERY) atau Sini
Artikel asal daripada : Harian Metro

~KINI~
~KERETA JUGA MPV~



Read On 1 comments

Upin & Ipin dan Geng ke Asia dan Hollywood

8:19 AM


Link untuk gambar ini yang berisolusi besar : Klik Sini


Siapa yang tak kenal dengan animasi 3D malaysia yang pertama ni. Kebanyakan orang mula mengenali animasi ini menerusi siri kegemaran ramai iaitu Upin & Ipin yang pertama kalinya ditayangkan pada Bulan Puasa 2007 menerusi TV9. Siri ini diteruskan pada bulan puasa tahun seterusnya iaitu 2009 dan tanpa henti animasi ini diteruskan dengan episod-episod barunya sehingga kini.

Geng : Pengembaraan Bermula pula merupakan filem yang tidak lekang dek ingatan apabila menontonnya. Animasi ini dikatakan sangat hebat sehingga ditayangkan selama 2 bulan di pawagam Malaysia. Juga daripada pembuat yang sama dengan animasi Upin & Ipin. Oleh itu, watak upin & Ipin turut ditampilkan dalam filem ini selaku watak utama.

Baru-baru ini, Bunk ada terbaca dalam surat khabar bahawa kedua animasi ini akan ke pasaran antarabangsa. Dan syarikat yang berminat sekali ialah Disney. Mari kita bersama-sama baca yang Bunk dapat dari sebuah akhbar :

Les’ Copaque Production Sdn Bhd kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan saluran Disney yang bakal menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea.
Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata syarikatnya dalam proses akhir pemeteraian perjanjian selepas Disney berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi Upin dan Ipin.
“Disney bersetuju untuk menayangkan Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi memasarkannya di negara Eropah melalui pasaran mereka,” katanya
Katanya, siri animasi 3D 42 episod kesukaan ramai itu dijangka mula ditayangkan Disember ini manakala Geng: Pengembaraan Bermula pula akan mula ditayangkan tahun depan di negara terbabit.


Kita sebagai rakyat MALAYSIA harus berbangga dengan kejayaan yang dibawa oleh sekumpulan anak muda tempatan ini. Jadi, kita perlulah berikan sokongan yang sepenuhnya terhadap negara kita. Basmi cetak rompak. Dapatkan produk tempatan yang original. Hehehe........


~TAMAT DAAAA~


Read On 0 comments
Read On 3 comments

Assassin's Creed II Lebih Menarik dan Mencabar

11:17 PM




   Assassin's Creed II merupakan sambungan kepada permainan Assassin's Creed yang pertama pada tahun 2007 di mana permainan video ini telah menjadi fenomena kepada para penggemar permainan video. Di bawah ini menunjukkan gambar bagi Assassin's Creed yang pertama.





   Baiklah, kita kembali ke Assassin's Creed II. Assassin's Creed II meneruskan gaya permainan aksi "Third-Person" yang dibawa oleh "UbiSoft" dalam permainan Assassin's Creed yang sebelumnya. Nama UbiSoft memang sudah terkenal di seluruh dunia dengan keluaran permainan video yang menarik seperti Tom Clancy. Assassin's Creed II pertama kalinya berada di pasaran pada November 2009 untuk para pengguna PS3 dan XBOX 360. Namun begitu, versi PC juga dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun 2010. Walaupun tarikhnya masih belum ditetapkan, tetapi ia dikatakan akan diumumkan tidak lama lagi.

   Seperti di Assassin's Creed yang pertama, ceritanya berputar di sekitar "Animus", sebuah mesin yang membolehkan pemain untuk melihat memori genetik "protagonis Desmond Miles 'ancestors". Dalam Assassin's Creed II, mesin digunakan untuk melihat memori bangsawan muda yang menjadi pembunuh upahan (Assassin) bernama Ezio Auditore da Firenze pada akhir abad ke-15 di Itali.

   Assassin's Creed II menerima banyak ulasan dan reaksi positif dengan memuji karektor permainan, penekanan yang lebih kuat kepada dunia luar dan cara berinteraksi yang lebih baik. Selain itu, pelbagai misi yang terdapat di dalam Assassin's Creed II lebih di pelbagaikan dalam corak yang berbeza-beza sekaligus membuatkannya lebih baik dari Assassin's Creed pertama. Selain itu, UbiSoft turut memperbaikki kualiti karektor bukan utama seperti penduduk kampung. Selain itu, teknik bertempur juga dibaiki dan ditingkatkan supaya lebih mantap tanpa sebarang cacat cela.


Trailer untuk Assassin's Creed II daripada Assassin's Creed official YouTube channel :











Sedikit gambar permainan video Assassin's Creed II :















Cukuplah dulu untuk gambar.

Berikut pula merupakan video dalam permainan bagi Assassin's Creed II :






~TAMAT~


Read On 0 comments

Cerita hantu seram-lawak

10:39 AM
Cerita ni Bunk teringat masa sekolah rendah dulu, kalau tak silap, masa tu Bunk baru darjah 3. Cikgu Bunk yang ceritakan cerita ni kepada satu kelas. Jadi, Bunk dah buat keputusan untuk berkongsi pula cerita ini dengan para pembaca. Maklumlah, Bunk ni kan suka berkongsi dengan semua orang, Hehe. Dah la tu, Bunk nak berhenti celoteh di sini. Mari teruskan.


Begini Ceritanya Bermula :

Terdapat sebuah asrama di mana semua pelatih untuk menjadi jururawat tinggal. Mereka-mereka ini masih lagi belajar untuk menempatkan diri sebagai jururawat sekeluarnya mereka dari pusat latihan tersebut. Mereka tidak mempunyai apa-apa masalah di asrama itu sehingga kini.

Beberapa minggu kemudian, seluruh asrama diarahkan untuk berpindah ke asrama yang lain. Asrama yang lain itu tidaklah terlalu jauh daripada asrama sebelumnya. Arahan ini dikeluarkan atas alasan keadaan bangunan asrama lama yang kurang memuaskan dan khuatir akan mengancam nyawa di mana bangunan itu mungkin sekali akan runtuh.

Para pelatih pun mengemas barang-barang mereka dan berpindah ke asrama baru yang lebih cantik. Dalam banyak-banyak pelatih jururawat ini, terdapat 3 orang sahabat yang sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Mereka ini ialah Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka ditempatkan di dorm bernombor 342. Mereka bertiga ni yang peliknya suka sangat bercerita cerita hantu di waktu malam. Bukan itu yang peliknya, yang peliknya ialah sebenarnya mereka ni jenis orang yang sangat penakut. Bak kata pepatah Bunk, "Tak Sedar Diri Lah Katakan". Bayangkan, mereka ni penakut tetapi suka bercerita pasal hantu tambahan pula di waktu malam. Eeee, peliknya.

Sedar tak sedar, malam pun tiba. Setelah selesai menjamah makanan yang disediakan di dewan makan, para pelatih pun pulang ke dorm masing-masing. Begitu juga Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka juga pulang ke dorm mereka. Mereka menyiapkan diri masing-masing untuk tidur. Apabila ketiga-tiga mereka meletakkan kepala di atas bantal, mereka cuba melelapkan mata. Malangnya, ketiga-tiga mereka masih tidak dapat tidur. Apa lagi, mereka pun mulakanlah kerjaya mereka dengan bercerita cerita hantu. Masing-masing ada cerita hantu. Walaupun kaki dah menggeletar dan berpeluh-peluh, tetapi mereka masih menggagahkan diri untuk mendengar cerita hantu yang diceritakan. Tak lama kemudian, tiga sahabat tadi pun tertidur.

Tepat jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, Nita dengan tiba-tibanya terjaga dari tidur yang lena atas alasan hendak membuang air kecil. Malangnya, dorm 342 agak jauh dari tandas. Kisah hantu yang diceritakan oleh Aisyah dan Nurul tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. ini membuatkannya berasa takut untuk pergi ke tandas seorang diri. Dia pun cuba mengejut Aisyah dan diakhiri dengan kegagalan. Kemudian dia mengekut Nurul lalu Nurul menjawab, "Saya mengantuklah, awak pergi la sendiri. Tak ada apa-apa pun. Jangan takut". Dengan kata-kata gramatis yang dilontar itu, Nurul pun menyambung tidurnya.

Dalam keadaan yang memberanikan diri, Nita pun berjalan menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Setiap bulu roma Nita juga menegak dengan jitu dan padu. Akhirnya, Nita pun tiba di tandas. Dia pun masuk tanpa rasa segan dan silu. Semasa dia sedang menunaikan hajatnya, dia terbau sesuatu yang sangat harum. Nita pun menjenguk di luar pintu tandasnya. Dengan perasaan yang amat terkejut dan takut, Nita menutup mulutnya menggunakan tangan untuk mengelak daripada didengari oleh apa yang dia nampak.

Nita melihat sesuatu yang menyerupai manusia sedang duduk bertinggung mencuci pakaian. Rambutnya panjang dan berwarna putih. Nita teringat akan kata-kata ibunya, jika ternampak sesuatu yang aneh, cubalah tegur. Nita pun bergerak perlahan-lahan ke arah wanita itu dan menegur, "Siapakah kamu?". Tiada jawapan diterima. Tanpa berputus asa, Nita bertanya lagi, "Kenapa kamu Berada Di Sini?". Masih tiada jawapan diterimanya. Pertanyaan ketiga Nita pun dilontar, "Apa Yang Bau Wangi Sangat Ni?". Akhirnya, wanita itu melihat ke wajah Nita dan berkata "Makcik Guna Sabun DAIA baru, Lupekan yang Lain".

Rupa-rupanya mak cik tua itu menumpang di tandas asrama itu untuk mencuci pakaian kerana bekalan air di rumahnya yang tidak jauh dari situ terputus bekalan air. Nita pun berasa lega dan menuju pulang ke dormnya. Tidur Nita lena sungguh malam itu.

~TAMAT~

Rujukan :

1) DAIA : Jenama sabun Pencuci Pakaian





2) Lupekan Yang Lain : Tagline bagi jenama DAIA yang dapat kita dengar dalam iklan-iklan TV.



~HABIS DAH~








Read On 12 comments
Related Posts with Thumbnails
Kaunter pertanyaan Bunk kini dibuka. Emel kan soalan anda ke :
bunkboyz.question@gmail.com

Maklumat lanjut serta cara-cara, sila layari :

http://bunkboyz.blogspot.com/2009/12/kaunter-pertanyaan-bunk-kini-dibuka.html

Untuk kaedah pantas, klik saja link di bawah untuk emailkan soalan anda

Send Me Question


Let's Talk


Video Of The Week

We Are The World ***MJ***

Viewers Count

Who's Online

Followers

About Me

My Photo
Blog ini dibuat utk berkongsi rahsia, pendapt dan pelbagai tip2 menarik setiap hari.

Recent Posts

There was an error in this gadget

What do you think about this blog?